Hybrid Sunscreen Terbaik 2024 | Sunscreen Yang Boleh Basuh Dengan Air, Memudahkan Kerja Harian

Assalamualaikum & hi semua,

Dalam kehidupan seharian sekarang, penjagaan kulit merupakan salah satu keperluan untuk saya. Sekarang memang saya menitikberatkan penggunaan bahan-bahan yang terbaik untuk kulit muka. Bermula dari cleanser, toner, moisturizer sampailah ke sunscreen. Penggunaan skincare yang betul sangat penting untuk kulit kita. Lagi-lagi dalam aktiviti harian kita.

Apa Itu Hybrid Sunscreen?

Korang tahu tak tentang hybrid sunscreen? Hybrid sunscreen merupakan satu inovasi baru yang menggabungkan kedua-dua physical and chemical sunscreen.

Apa Itu Physical and Chemical Sunscreen?

Physical sunscreen - Sunscreen jenis ini secara umumnya berfungsi untuk memantulkan sinaran UV daripada kulit kita. Ianya memberi perlindungan dan bertindak sebagai perisai kulit kita daripada matahari. Namun begitu, sunscreen ini mempunyai tekstur yang tebal dan boleh menyebabkan whitecast pada kulit.

Chemical sunscreen - Sunscreen ini memiliki tekstur yang lebih ringan dan mudah diserap oleh kulit. Ianya juga lebih nipis daripada physical sunscreen. Oleh kerana sifatnya yang ringan, sunscreen ini tidak meninggalkan whitecast dan jadikan kulit lebih lembab. Tetapi, sunscreen ni boleh menyebabkan alergi pada kulit sensitif kerana memiliki pelbagai bahan kimia yang aktif.

Maka, wujudlah hybrid sunscreen yang merupakan sunscreen jenis baru yang mempunyai lebih banyak kelebihan dan menapis segala keburukan. Hybrid sunscreen memiliki formula terkini yang bertindak untuk melindungi kulit wajah kita. Hybrid sunscreen ini merupakan gabungan from physical and chemical sunscreen. It takes all the good of both sunscreen and filter all the keburukan both sunscreens. Hybrid sunscreen is better than both sunscreens, it is something new.


Sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature - Hybrid Sunscreen Terbaik

Saya mengesyorkan Aloe Vera Sunscreen by Hansaegee Nature yang juga merupakan salah satu hybrid sunscreen. Sunscreen terbaik yang memiliki SFP50+PA+++ yang sesuai untuk semua jenis kulit sama ada jenis kulit berminyak atau kulit kering, dan juga tidak meninggalkan whitecast apabila dipakai. Since this sunscreen sesuai untuk kulit berminyak, so texture sunscreen sangat ringan dan light weight tidak meninggalkan kesan melekit pada kulit. Tak dinafikan lagi, sunscreen ini sesuai untuk mereka yang kulit berminyak. Dengan cuaca panas di Malaysia, sunscreen SPF50 sangat sesuai untuk melindungi sinaran UV, lagi-lagi ketika panas terik dan matahari betul-betul di atas kepala. Since it contains SPF50, sunscreen ini boleh prevent kulit dari sunburn.

Dalam kehidupan seharian saya, penggunaan sunscreen ni sangat penting. Aloe Vera Sunscreen by Hansaegee Nature ini merupakan sunscreen yang bagus dan krim siang terbaik untuk saya. Jika saya hendak keluar rumah dan pergi kerja, calit sahaja sunscreen Aloe Vera ni dan dah siap. Tak perlu susah-susah. Saya dah tak perlu risau kalau ada whitecast disamping dapat melembabkan kulit saya kerana ianya mengandungi Aloe Vera yang mempunyai kandungan air yang tinggi.


Hybrid Sunscreen Yang Boleh Basuh Dengan Air

Apa yang paling luar biasa dan memikat hati saya tentang hybrid sunscreen aloe vera ini ialah ianya bukan waterproof. Sunscreen ini boleh dibasuh dengan air. Sunscreen ini juga mesra wudhuk. Apabila saya hendak mencuci muka atau ambil wudhuk, saya cuma perlu basuh dengan air sahaja dan ianya terus hilang. Jadi, pilihan terbaik saya ialah sunscreen SPF50 ini kerana mudah dicuci. Apabila berada diluar atau ditempat kerja dan saya hendak solat, saya sudah tidak perlu risau jika tiada makeup remover. Saya cuma perlu bilas dengan air sahaja untuk memastikan sunscreen ini betul-betul sudah hilang di kulit saya. Masa saya juga lebih jimat dan tak perlu membazir masa yang lama untuk membasuh muka. Teskturnya yang tidak ada whitecast merupakan salah satu faktor ianya mudah dicuci dengan air sahaja.

Reapply Sunscreen Untuk Perlindungan Maksimum

Seperti suncreen yang lain, ianya perlu di apply semula. Kita perlu reapply sunscreen untuk dapatkan kesan yang terbaik dan perlindungan maksimum jikan kita bekerja terdedah pada matahari kita perlu reapply sunsreen setiap 2-3 jam. Jika kita just bekerja dalam office / rumah kita perlu reapply setiap 4 jam. Disebabkan sifatnya yang membantu melembabkan kulit dan tekstur yang tidak berminyak, membuatkan saya sentiasa rajin untuk apply semula sunscreen ini. Sunscreen terbaik ini juga cepat meresap ke dalam kulit wajah. Mana tidaknya, cuaca di Cameron Highlands sangat dingin, ditambah pula dengan kerja saya yang sentiasa dalam office beraircond, membuatkan kulit saya jadi sangat kering. Namun begitu, dengan adanya sunscreen aloe vera ini, kulit kering saya dapat dielakkan. Tidak dinafikan lagi, sunscreen ini merupakan sunscreen yang bagus yang pernah saya guna.

Cara Pakai Sunscreen

1. Letakan sunscreen pada jari dan pastikan amount sunscreen mencukupi iaitu sebanyak 2 jari

2. Sapukan sunscreen pada kulit muka

3. Ratakan dan blend sunscreen pada keseluruhan wajah

4. Ulang reapply sunscreen setiap 2-4 jam

Letakkan sunscreen pada 2 jari dan sapukan di muka

Bare face tanpa sunscreen           Letak sunscreen di muka


          Sapu & ratakan sunscreen di seluruh muka         Selepas memakai sunscreen

Gambar ini juga membuktikan bahawa penggunaan sunscreen terbaik ini tidak ada secalit whitecast pun di muka saya. Sunscreen ini juga membuatkan saya lebih selesa dan yakin untuk keluar tanpa menggunakan sebarang makeup. Selain itu, apabila saya nak beriadah di waktu petang juga, saya akan sapukan sunscreen aloe vera ini sebelum keluar. Saya dapat melakukan aktiviti riadah dengan selesa tanpa risaukan kulit wajah jika terkena matahari.

Sebelum ke kerja, saya hanya menggunakan sunscreen sahaja dan sedikit lipstick. Masa saya tak terbuang dengan banyak

Oleh itu, saya tak perlu mengambil masa yang lama untuk bersiap. Tambahan pula, kerja saya yang menghendakkan saya bertugas dan sentiasa berjumpa dengan client juga menjadi lebih selesa. Sunscreen aloe vera ini yang tidak berminyak membuatkan wajah saya sentiasa nampak lembab dan segar. Maka, tidak perlulah saya risau akan keadaan muka yang kurang elok jika bersua muka dengan client mahupun rakan sekerja. Client pun akan lebih gembira jika berinteraksi bersama saya dengan wajah yang selesa. Diskusi kerja yang rumit juga dapat dipermudahkan dan saya juga tak perlu pening kepala menghadapi kerenah client yang bermacam-macam ragam. 

Wajah saya bertambah selesa selepas reapply sunscreen di waktu petang.

Bak peribahasa orang mengantuk disorongkan bantal, hybrid sunscreen ini merupakan sesuatu yang sangat-sangat saya inginkan dalam kehidupan seharian saya. Jika anda tercari-cari suncreen terbaik untuk kulit anda, cubalah Aloe Vera Sunscreen by Hansaegee Nature. Kalian pasti jatuh cinta dengannya.

Brand : Hansaegee Nature 

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


2 Comments

Post a Comment