One Day Trip to Pulau Redang

Assalamualaikum & hello everyone!

Kalian nak tahu tak, saya dengan Izz memang suka plan last minute. Last August we went back to his hometown at Kuantan and then we went to Terengganu for cars service & installation. Sempat juga malam tu kitorang jumpa nenek & saudara Izz dekat sana. 

Otw nak balik Cameron Highlands tu dah malam around 10pm. We were still in Terengganu and saya dah rasa penat and melekit belengas semua. Rasa nak mandi and tidur je. Nak cari hotel waktu malam-malam semua mostly dah penuh dan kebetulan tengah cuti sekolah, lagilah banyak hotel dah fully booked. As a hotelier (cewah!) I call nearest hotel and tanya if ada bilik kosong lagi tak? Cuba nasib sebab almost zero percent people akan cancel last minute. Alhandulillah dapat rezeki nearest hotel ada kosong since ada guest cancelled their booking. 

Apalagi, I told Izz untuk rehat and sleep at hotel (more to resort act. since we use beach road) first before we continue our journey back to Cameron Highlands tomorrow. And luckily, tomorrow (Monday) we already take leave. That night, memang niat nak rehat and tidur je, but the room we booked agak kurang selesa. I dont mind if the room is small, but aircond betul-betul atas katil and bunyi bising. Then air aircond menitik kena tilam. Memang tak lena tidur, every 30mins memang akan terjaga. Waktu tu saya dah redha. T_T

Fast forward, next morning around 6am, Izz ajak me "Jom pergi Pulau Redang" I was shocked and biar betul! He said ada package for 1 day trip from 8.30am to 5.00pm. Then I said "Okay, Jom!" After we had breakfast at hotel. We go straight to Jetty Nadheera Nizarif. The journey from the jetty to island was about 40mins. And please keep your things sebab driver boat tu boleh dikatakan kembar Toretto ye. Angin yang menerpa sangat-sangat laju dan kalau pakai topi ke memang confirm terbang. Just be well prepared. 

Tips from me yang 2nd time pergi island hoping.

☆ Wear sunscreen kalau tak nanti sunburn macam Izz hehe
☆ Wear swimming suit. This one I always prepared kalau pergi tempat mana-mana yang jauh sebab takut jadi macam ni, unplanned activity. Kalau tiada pun boleh pakai baju jersey.
☆ Topi. Panas nanti sakit kepala tau
☆ Waterproof phone bag. Memang function teruk sambil-sambil snorkeling sambil-sambil ambil gambar. Memang tak masuk air.
☆ Snacks. This one saya memang tak prepare langsung. Naik boat lenggang kangkung je. Tak sangka snorkeling ni penat. Lapar babe! Nasib baik in our boat ada another 1 family yang bawa macam-macam makanan. Ada pau kacang, ada rendang ayam dan pulut kuning juga! Semoga murah rezeki mereka sudi kongsi makanan dekat kami. 
☆ Enjoy! Jangan fikir esok dah masuk kerja, persetankan kerja-kerja yang masih pending. 

Below is the package that we paid for and the itinerary. 1 Day Trip package if I am not mistaken is around RM70-RM90. Sorry dah lupa exact amount. You can search at FB or other online platform but be careful and make sure it is not a scam!


Checkpoint 1 : Pasir Maldives @ Busung Pasir

First stop is Pasir Maldives, the attraction here is the sand yang putih. This place is located bukan betul-betul tepi pantai ye, jadi waktu air surut waktu pagi boleh nampak jelas putih dan jernihnya air laut dekat pantai timur. Kalau nak tangkap gambar dekat sini, dengan sunkissed memang lawa



Checkpoint 2: Baby Shark Point

Dekat sini attraction dia ialah baby shark. Kalau mummy shark memang takde orang nak pergi rasanya. Baby shark ni dia malu-malu tau. Tak boleh nak pergi dekat sangat kalau tak nanti dia lari balik. Dan ada masa dia untuk muncul. Saya sempat ambil video sahaja. Nak tangkap gambarnya tak sempat baby shark dah lari.


Checkpoint 3: Teluk Kalong

Coral and fished here I can said the most beautiful places to snorkeling compared to other checkpoints. Sumpah cantik sangat dan coral dia sangatlah bersih. Ada kejadian kelakar dekat sini, Izz punya google terjatuh sampai ke dasar and he want me to get it for him. Seriusly?!?!? Dalam kot macam bangunan 4 tingkat, nak saya mati lemas ke apa? Then I told him to inform our guide. Guide tu memang dah pandai menyelam and tak perlu nak pakai google ke apa, terjun je dalam air dah dapat balik. Okay back to the main point, dekat sini banyak juga video dan gambar coral yang saya ambil. 

Dari atas pun boleh nampak coral dekat sini. Memang fall in love dengan tempat ni. Air pun jernih je



Checkpoint 4 & 5: Turtle Point & Pantai Teluk Dalam

Terengganu terkenal dengan penyu, mestilah kita kena tengok depan-depan. We went to Pulau Redang during school holiday and must be a lot of people on vacation too. And boat driver also informed us if ramai orang memang penyu susah nak timbul. About 10 mins later, we saw turtle and terus lompat dalam air. Berkesempatan juga record video tapi kejap je sebab I don't know anak siapa pergi tarik kaki aku. Nasib tak lemas buat kali kedua. 

This turtle betul-betul lalu bawah saya!

Next to Turtle Point is Pantai Teluk Kemang. Here we had our lunch and can rest for 1 hour. Driver boat tu minta kami pergi ke kedai hujung  dan boleh order makanan dekat situ. Kedai tu ada Nasi Kukus dengan ayam goreng. Lunch here included in the package. Toilet pun ada dekat sini. Pantai ni best bila masuk dalam air je dengan angin yang sejuk. Tapi bila tengahari, pasir yang kita pijak tu panas gila. Berlari-lari anak nak ke one end to one end since toilet hujung belah kanan and tempat makan hujung belah kiri. Sambil-sambil menghabiskan masa, saya main-main air tepi pantai tu je. Jauh-jauh nanti takut kena tinggal boat. Lupa nak bagitau, korang jangan risau barang-barang korang sebab tour guide dan boat driver tu memang akan jaga barang-barang dan safety korang. Pak cik boat bagitau kami in every boat akan ada seorang driver untuk jaga dari atas and seorang guide akan jaga dekat air. 

Penyu jadian

Ada juga pakcik boat kami cerita yang isteri dia orang pulau di Pantai Teluk Dalam. Tak sangka pantai yang kecil tu ada juga penempatan ye. New knowledge for me. Oh and waktu rehat tu pakcik boat sempat pergi kenduri kahwin ye dekat sini.

Checkpoint 6&7: Pulau Paku & Pulau Ekor Tebu

Dekat 2 checkpoint ni saya buat aktiviti yang sama, snorkeling dan tengok coral. But believe me, coral dekat Teluk Kemang lagi lawa. Dekat sini pun lawa, tapi bila dah tengok yang paling cantik mula-mula, dekat sini rasa biasa sahaja. Pulau Paku ni bukan pulau pun cuma macam batu je rasanya sebab yang ni betul-betul tengah laut, takde tanah pun dekat sini. 

Alhamdulillah around 5.30pm we went back to jetty. Semua dalam keadaan yang selamat dan baik, cuma penat je lah. Dekat jetty ni pun ada washroom, tapi faham-fahamlah washroom yang macam mana, betul-betul tepi parking dan sign lelaki perempuan pun takde. Masuk je lah. Saya pun mandi cukup-cukup syarat je. Dah siap semua, kami pun bergerak pulang ke Cameron Highlands, lalu pula Tasik Kenyir waktu-waktu maghrib, nasib baik tak terserempak gajah. Esok kerja yeayyy!!!

To my dear husband, thank you suka bawa saya pergi jalan-jalan walaupun last minute. 





13 Comments

  1. wah bestnyaaa! kenangan tu bermakna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. We should cherish every little moment in our life :D

      Delete
  2. Saya dgn family dah lama planning nak bercuti di Redang, tapi tak berkesempatan maybe sbb dari KL nak ke Jetty pun dah jauh. Tapi tengok laut biru dalam post ni, macam lagi memanggil-manggil haha maybe inshaAllah one day. Thanks for sharing info about this.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah one day. Memang best and tempat semua menarik. Air laut biru masih teringat-ingat sampai sekarang hehehe

      Delete
  3. One day trip ke pulau redang tak pernah tahu boleh pergi balik dlm sehari best nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Saya pun tak tahu pada awalnya. Kena rajin cari dekat internet :)

      Delete
    2. Ni cari tu yg jumpa kat sini hahahah.. btw thank sharing

      Delete
  4. org bot mcm kembar torento hahahah tak leh blah :P
    hotel kalau bermasalah mmg stress dibuat nya.. dah la check in sbb nk rehat tapi lain lak jadi nya.. bertabah la

    ReplyDelete
  5. Terima kasih share. Ada rezeki teringin juga ke sini. Dapat daytrip macam ni pun jadilah kan.

    ReplyDelete

Post a Comment