Newly Open Kopitiam - Kopi Kaw Kaw

 Assalamualaikum & hi,

Today I want to share one kopitiam yang baru je buka dekat Cameron Centrum, Cameron Highlands, Kopi Kaw Kaw. This place is muslim friendly. 

Image from FB Kopitiam Kopi Kaw Kaw

Dekat sini saya order signature kopi diorang, Kopi Kaw Kaw (sorry I forgot the name act T_T). Tapi kopi dia sedap, pekat and tak manis sangat. Some kopi kalau kita minum bila pekat, dia akan pahit kan. Tapi this kopi tak rasa pahit sangat. Memang sesuai la siapa yang suka minum kopi, boleh datang sini. Kopi pandan pun ada. Kopi ni dia serve dekali dengan biskut-biskut ikan yang kecil tu. Boleh la sambil minum, sambil cicah biskut.

Secondly, I ordered the Nasi Lemak Claypot Gergasi. Dalam ni ada udang, ada sotong and ayam. Macam nasi goreng USA hahaha. But not! Rasa dia masih ada taste nasi lemak. Tapi tak kuat sangat. Hhmm maybe I should try their normal nasi lemak instead of claypot one. Sebab this nasi lemak tak rasa lemak sangat mungkin sebab dah di'claypot'kan kot? I am not sure tapi rasa nasi lemak dia biasa sahaja. Sambal pun okay je. Masih boleh dimakan. Nevertheles, portion nasi lemak dia tu lebih dari cukup bagi saya. Kalau jenis tak banyak makan, boleh kongsi berdua je.

Lepas makan, mesti nak kunyah-kunyah lagi kan walaupun dah kenyang (mana tak gemuknya diri ini). Jadi saya order roti titap. Roti dia lembut, telur separuh masak gedik-gedik comel je on top of the roti. Rasa kaya / pandan dia pun sedap. Bila makan rasa nak tambah lagi. Tapi no! Cukuplah makan banyak-banyak. Kena berhenti sebelum kenyang walaupun dah dua, tiga kali sendawa. 

Dekat sini, ada banyak lagi jenis-jenis roti, kopi and juga mee / bihun. Boleh datang dekat Cameron Centrum, tapi bukan dekat yang banyak-banyak kedai tu tau, kopitiam ni dekat bangunan atas. Depan kedai coklat. InsyaAllah tak sesat, Cameron kecil je hehehe

4 Comments

  1. Suka tengok kopi tu... Kalau kaw mmg terbaik la

    ReplyDelete
  2. Presentation nasi lemak claypot tu lebih dipentingkan dari rasa nasi lemak itu sendiri kot.. kalau sedap berlemak mesti lagi umphhh

    ReplyDelete

Post a Comment