Sunscreen Aloe Vera Terbaik | Sunscreen Yang Boleh Dengan Air & Mesra Wudhuk Memudahkan Urusan Harian

 Assalamualaikum & hi semua.

Harini saya nak berkongsi tentang satu sunscreen terbaik yang saya dah pakai selama beberapa bulan. Saya nak kongsi sebab sunscreen ni sangat bagus dan sesuai dengan kulit saya. Kalian semua tahu kan, penggunaan sunscreen sangatlah penting dalam kehidupan seharian kita. Selepas saya tahu tentang kebaikan pemakaian sunscreen, saya terus amalkan dalam rutin harian. Bila sampai ke bab pemilihan sunscreen, saya sangat teliti dalam pemilihan sunscreen kerana saya nak bagi yang terbaik untuk kulit saya.

Sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature

Sunscreen Aloe Vera dari Hansaegee Nature merupakan suatu sunscreen yang sangat bagus dan sunscreen terbaik bagi saya. Sunscreen ini mempunyai SPF50 yang dapat menghalang sinar UV daripada memasuki kulit kita. 

Sunscreen Aloe Vera ini sangat membantu saya dalam kehidupan seharian. Kulit saya juga sentiasa lembab ketika memakai sunscreen ini. Saya akan memakai sunscreen SPF 50 ini sebagai salah satu basic skincare routine saya. Saya akan pakai sunscreen sebagai langkah terakhir skincare saya sebelum saya memakai makeup. Selalunya saya akan pakai sunscreen sebelum keluar ke tempat kerja atau sebelum keluar dari rumah. 

Pemakaian Sunscreen Aloe Vera

Saya akan calitkan sunscreen aloe vera sebanyak 2 jari sahaja dan ianya sudah mencukupi untuk muka saya. Lebihannya saya akan pakai di tangan yang terkena matahari. Bila saya pakai sunscreen, saya dah tak perlu risau jika kulit saya terdedah dengan cahaya matahari pada waktu yang lama sebab saya tahu dan yakin dengan sunscreen yang saya pakai. Sunscreen aloe vera ni saya jadikan sebagai krim siang terbaik kerana tekstur sunscreen yang tak melekit dan mudah untuk dipakai.

Sunscreen ini membuatkan kulit muka saya jadi lembab dan mousturize. Bagi yang memiliki kulit muka yang berminyak, sunscreen ni adalah sunscreen untuk kulit berminyak jadi sangatlah sesuai. Untuk saya yang memiliki kulit normal pula, juga sangat suka memakai sunscreen ini. Namun kadang-kadang, apabila cuaca terlalu sejuk atau panas, muka saya juga akan menjadi kering dan berminyak. Oleh itu, saya akan sentiasa menggunakan sunscreen terbaik ini untuk menghalang muka saya daripada menjadi lebih kering atau berminyak selain daripada melindungi kulit muka dari sinaran matahari. Sunscreen aloe vera ini sesuai untuk kulit berminyak.

Sunscreen ini juga tiada whitecast. Jadi bila dipakai dan disapu di muka, memang tiada whitecast yang akan muncul. Jadi, muka nampak lebih cerah dan juga tidak bertompok apabila menggunakan krim siang terbaik.

Bila dah pakai sunscreen SPF50 ni, jangan lupa pula untuk re-apply. Saya akan re-apply sunscreen setiap 3-4 jam untuk memastikan kulit saya sentiasa terlindung daripada sinaran UV. Ini kerana, selepas muka kita terdedah dengan matahari, muka akan berminyak atau berpeluh dan perlindungan sunscreen akan mula break down. Jadi sudah tiada perlindungan, dan oleh kerana itu kena reapply untuk memastikan invisible protection daripada sunscreen sentiasa ada.

Hybrid Sunscreen Yang Boleh Basuh Dengan Air

Sunscreen ini merupakan sunscreen yang boleh basuh dengan air. Untuk membersihkan sunscreen pula, saya tak perlu susah-susah nak cari mana makeup remover, sebab sunscreen aloe vera ni hanya boleh dibersihkan menggunakan air sahaja. Bagi saya, sangatlah senang lagi-lagi waktu bekerja. Tak perlu nak bawa makeup remover, guna sahaja air dan sunscreen terus hilang. Kulit muka pun dijamin bersih.

Sunscreen Yang Mesra Wudhuk

Sunscreen ini juga merupakan sunscreen mesra wudhuk. Oleh kerana sifatnya yang juga bukan waterproof, jadi saya hanya gunakan air untuk membuang sunscreen daripada kulit muka. Ketika bekerja dan saya nak solat, saya hanya gunakan air sahaja untuk membersihkan muka dan terus boleh berwudhuk tanpa risau jika ada saki baki sunscreen di muka saya. Nak solat pun dah tiada rasa was-was lagi. Selepas selesai solat, saya juga akan pastikan saya akan re-apply sunscreen balik. Apabila pulang daripada kerja di waktu petang, saya akan basuh sunscreen dengan air dan juga menggunakan face cleanser.

Bagi saya, secara keseluruhan saya sangat suka Sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature kerana ia sangat sesuai dengan saya. Kulit saya jenis normal dan apabila pakai sunscreen yang bagus ni, kulit saya jadi sangat lembab dan tak rasa melekit dan berminyak langsung. Texture sunscreen ini juga yang tiada whitecast membuatkan cara pakai sunscreen saya jadi lebih senang untuk blend dengan kulit saya. Jadi kulit saya dapat menyerap dengan lebih banyak. Sunscreen ini juga memudahkan saya untuk kemana-mana sahaja kerana sifatnya yang bukan waterproof dan mesra wudhuk. Saya tak perlu nak fikir panjang kalau nak solat dan berwudhuk. Hanya perlu basuh muka dengan air, sunscreen mudah dibuang. Masa saya juga lebih jimat.

Sunscreen Aloe Vera ini sememangnya krim siang terbaik yang sangat sesuai bagi saya dan wajib diterapkan dalam pemakaian dalam rutin basic skincare saya. Kalau tiada sunscreen ni, saya rasa skincare saya tidak lengkap. Dah ada sunscree aloe vera ni, memang dah tak tengok dah sunscreen yang lain. 

Brand : Hansaegee Nature 

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


6 Comments

  1. Product based aloe vera ni kebanyakan memang elok. Good choice

    ReplyDelete
  2. MA pun guna..memang best sgt ❤❤❤
    Hi five skt.. 🖐 coffee lover...yeay!

    ReplyDelete

Post a Comment